Site icon TechNave BM

Apple tidak akan baiki iPhone yang dilaporkan hilang

Apple mempunyai polisi untuk tidak menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi peranti yang hilang atau dicuri sekiranya ciri Find My tidak diaktifkan. Kini, syarikat tersebut tidak akan membaiki iPhone jika peranti itu dilaporkan hilang atau dicuri dalam GSMA Device Registry.

Menurut sumber daripada pekerja Apple Store dan Apple Authorized Service Providers, Apple menggunakan pangkalan data GSMA Device Registry untuk menyemak peranti dilaporkan sebagai hilang sebelum dibaiki. Jika sistem menunjukkan peranti telah “dilaporkan hilang”, juruteknik akan menolak pembaikan.

GSMA Device Registry adalah pangkalan data global untuk pemilik telefon pintar membuat laporan seperti kehilangan, kecurian, penipuan atau sekiranya peranti tertakluk kepada pelan pembayaran. Dengan IMEI telefon, syarikat boleh mengakses kepada platform ini untuk menyemak peranti telah dilaporkan kepada mana-mana kategori ini.

Namun bagi beberapa kes, Apple menerima invois peranti sebagai bukti pembelian untuk membaiki atau menggantikan peranti anda atas sebab tertentu seperti kehilangan akses kepada Apple ID. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version