Site icon TechNave BM

Apple tidak akan bertoleransi kepada pelaku yang mendedahkan maklumatnya

Minggu lalu, perbincangan mengenai isu-isu seperti bekerja dari rumah dan konflik undang-undang Apple dan Epic telah didedahkan. Cook telah menghantar e-mel kepada pekerja untuk menyatakan  pendedahan isi mesyuarat itu. Namun, e-mel tersebut telah tersebar di The Verge.

Di dalam e-mel tersebut, Cook menyatakan kekecewaannya kerana kebocoran berita tersebut. Beliau turut menasihati pekerjanya agar kandungan produk dirahsiakan terlebih dahulu.

Mereka sedang berusaha untuk mencari dan tidak akan bertoleransi dengan pelaku yang mendedahkan maklumat sulit tersebut. Akhir sekali, beliau turut menyatakan rasa terima kasih dan bangganya kepada pekerja Apple kerana bekerja keras bagi memastikan produk Apple sentiasa cukup untuk pasaran global.

Mereka yang mendedahkan berita terlebih dahulu akan diberi amaran keras oleh peguam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version