Site icon TechNave BM

Apple tidak bercadang untuk gabungkan MacBook dan iPad sebagai sebuah produk, kenapa?

Baru-baru ini, Apple telah melancarkan tablet terbaru mereka iaitu iPad Pro 2021 yang hadir dengan pelbagai ciri mantap seperti skrin dengan mini-LED dan dilengkapi cipset keluaran Apple, cip M1. Kini, iPad Pro sudah berkuasa sama seperti MacBook yang baru. Jadi timbul persoalan, adakah Apple bakal menggabungkan kedua-dua produk ini satu hari nanti? Jawapannya adalah tidak.

Berdasarkan temu bual oleh The Independent, eksekutif Apple Greg Joswiak dan John Ternus menyatakan bahawa mereka merasa bangga untuk menghasilkan dua produk yang hebat dalam dua kategori berasingan. Mereka juga menjelaskan bahawa gabungan dua produk menjadi satu ini tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat. Ini adalah kerana mereka ingin memberikan kepuasan yang tinggi kepada pengguna produk di kategori masing-masing.

Ciri iPad Pro 2021

John Ternus turut menyatakan Apple tidak pernah memikirkan tentang halangan yang perlu diletak pada produk mereka supaya terdapat perbezaan diantara barisan produknya. Beliau menyatakan Apple sebenarnya mengambil tahu akan kebolehan iPad Pro yang belum diguna pakai lagi.

Adakah iPad Pro bakal menjadi sama seperti MacBook suatu hari nanti? Mungkin sebagai komputer riba 2-dalam-1? Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version