Site icon TechNave BM

Apple tvOS 17 bolehkan pengguna FaceTime melalui iPhone atau iPad

Apple hari ini mengumumkan tvOS 17 yang membawa FaceTime ke Apple TV 4K buat kali pertama termasuk Pusat Kawalan baharu dan fungsi iPhone untuk mencari Siri Remote. Pusat Kawalan kini memaparkan status sistem termasuk masa dan profil aktif serta berkembang dengan butiran berguna berdasarkan aktiviti peribadi pengguna.

Pengguna dapat melancarkan alat kawalan jauh ‌Apple TV‌ di dalam Pusat Kawalan pada ‌iPhone‌ untuk mencari ‌Siri‌ Remote (generasi ke-2 atau lebih baru). Apabila pengguna semakin dekat dengan alat kawalan jauh, bulatan pada skrin membesar untuk membantu pengguna mencarinya.

Pengguna ‌Apple TV‌ 4K kini boleh menggunakan aplikasi ‌FaceTime‌ baharu pada ‌Apple TV‌ dengan menggunakan kamera pada ‌iPhone‌ dan iPad yang disegerakkan pada ‌Apple TV‌. Center Stage memastikan anda sentiasa dalam bingkai pada skrin walaupun sedang bergerak.

Menariknya, tindak balas berasaskan gerak isyarat baharu membolehkan pengguna menggunakan tangan mereka untuk menjana kesan pada skrin. Pengenalan Split View untuk ‌Apple TV‌ membolehkan pengguna menonton bersama-sama semasa sesi SharePlay sambil melihat semua orang dalam panggilan ‌FaceTime‌.

Aplikasi persidangan video seperti Webex oleh Cisco dan Zoom akan dilancarkan pada tvOS akhir tahun ini. Selain itu, Apple Music Sing membolehkan pengguna menyanyi lagu kegemaran yang akan menyegerakkan Continuity Camera supaya pengguna boleh melihat diri mereka pada skrin dan menambah penapis (filter) yang menghiburkan.

Terdapat juga penambahbaikan pada gambar skrin (screen saver) di mana pengguna kini boleh melihat memori yang dipilih susun daripada pustaka peribadi mereka, pustaka kongsi atau kedua-duanya pada skrin besar. Ciri tambahan yang terdapat dalam tvOS 17 termasuk:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version