Site icon TechNave BM

Apple ubah suai cip A15 untuk model iPhone 14, versi Pro dan Pro Max akan membawa A16 Bionic

Penganalisis terkenal iaitu Ming-Chi Kuo melaporkan bahawa Apple dijangka menarik diri daripada menggunakan cip A16 baharunya pada iPhone 14. Hanya versi Pro dan Pro Max akan membawa A16 Bionic dan skrin dengan dua lubang manakala model iPhone 14 dan iPhone 14 Max membawa cip yang sama seperti iPhone 13.

Bagi mengelakkan sebarang masalah, Apple akan mengubah suai sedikit cip A15 yang diukir pada 5nm kemudian menamakannya A16 manakala cip model Pro akan dinamakan A16 Pro. Apple tidak meletakkan cip A16 Pro 4nm pada iPhone 14 dan 14 Max kerana masalah pengeluaran dengan pemproses gen seterusnya. 

Walapun Apple menggunakan cip A15, ia tidak menawarkan prestasi yang sama kerana cip A15 pada iPhone 13 Pro mengambil lebih banyak teras GPU daripada cip A15 daripada iPhone 13 dengan tambahan RAM 2GB dan prestasi yang dipertingkatkan. Siri iPhone 14 akan membawa harga yang lebih tinggi tanpa model mini. iPhone 14 standard mungkin bermula pada $799 (~RM3,372) manakala model Max bermula pada $899 (~RM3,794).

Sumber baru-baru ini memaparkan CAD bagi iPhone 14 Pro. Siri iPhone dijangka dilancarkan pada penggal kedua tahun ini dengan reka bentuk yang berlainan. Ia mungkin membawa potongan yang lebar, dua lubang di bahagian atas (sensor Face ID dan kamera hadapan) dan kadar penyegaran semula 120 Hz.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version