Site icon TechNave BM

Apple umum ciri baharu untuk iOS, macOS dan visionOS – Termasuk kawalan mata dan BCI

Apple hari ini mengumumkan senarai ciri aksesibiliti baharu yang akan dilancarkan lewat tahun ini meliputi peranti seperti iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro.

Inisiatif ini memastikan teknologi Apple inklusif dan boleh digunakan oleh semua lapisan pengguna termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas seperti masalah penglihatan, pendengaran, pergerakan dan pertuturan.

Dalam satu lonjakan besar, Apple memperkenalkan Braille Access iaitu satu sistem menyeluruh yang membolehkan iPhone, iPad dan Mac berfungsi sebagai alat nota braille profesional. Melalui sokongan input braille atas skrin serta sambungan kepada peranti braille fizikal, pengguna boleh:

Selain itun, Apple memperluaskan aplikasi pembesar visualnya ke platform macOS. Dengan Magnifier kini tersedia di Mac, pengguna penglihatan rendah boleh menggunakan kamera terbina atau luaran untuk membesarkan objek fizikal seperti dokumen cetak atau papan putih terus pada skrin Mac. Ini memudahkan pembelajaran dan interaksi dalam persekitaran fizikal.

Satu pengumuman futuristik juga datang daripada kerjasama Apple bersama Synchron iaitu syarikat teknologi otak-komputer (BCI). Apple menguji integrasi kawalan peranti melalui isyarat otak menerusi sistem Switch Control. Pengguna dengan kecacatan mobiliti ekstrem kini boleh membayangkan arahan tertentu dan terus mengawal iPhone atau iPad melalui implan otak.

Ciri baharu Accessibility Reader pula memberi pengguna kawalan penuh ke atas paparan teks dalam peranti mereka. Pengguna boleh:

Ini sangat membantu pengguna dengan disleksia, penglihatan rendah atau keperluan kognitif khusus. Satu lagi kemudahan penting ialah penambahan Accessibility Nutrition Labels pada halaman aplikasi di App Store. Label ini menunjukkan secara jelas ciri aksesibiliti yang disokong oleh sesebuah aplikasi, termasuk:

Kemas kini lain termasuk:

Semua ciri ini dijangka diperkenalkan semasa acara WWDC 2025 pada bulan Jun dan akan dilancarkan secara rasmi bersama kemas kini iOS 19, iPadOS 19 dan macOS 15 menjelang penghujung tahun. Daripada braille digital hingga ke kawalan minda, Apple sedang menetapkan standard baharu dalam reka bentuk inklusif.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version