Apple secara rasmi memperkenalkan iOS 26 iaitu kemas kini sistem operasi iPhone paling besar dalam sedekad menerusi acara WWDC 2025. Kemas kini ini menampilkan reka bentuk baharu dinamakan Liquid Glass yang membawa elemen kaca lut sinar dan animasi halus ke seluruh antara muka. Ia merupakan satu perubahan visual paling ketara sejak iOS 7.
iOS 26 juga memperkenalkan Apple Intelligence, sistem kecerdasan buatan peranti yang menyokong ciri seperti Live Translation dalam panggilan dan mesej, ringkasan pintar, Call Screening dan Hold Assist yang membolehkan AI menunggu di talian untuk pengguna. Fungsi AI ini eksklusif untuk iPhone 15 Pro, iPhone 16 dan peranti dengan cip A17 Pro atau Apple Silicon (M1 ke atas).
Dalam aplikasi Phone dan Messages, Apple memperkenal susun atur baharu, undi dalam mesej, latar belakangsembang tersuai serta ciri Apple Cash terus dalam perbualan. Aplikasi Wallet kini menyokong ansuran dan kad ganjaran sementara Apple Maps menambah fungsi Visited Places dan navigasi airport interaktif.
Pengalaman hiburan turut dipertingkat dengan Apple Music kini mempunyai lirik bersuara dan AutoMix manakala aplikasi baharu Apple Games, menyatukan permainan serta acara Apple Arcade di satu tempat. CarPlay pula menyokong Live Activities dan balasan pantas mesej dalam kereta.
iOS 26 kini tersedia dalam versi beta untuk pembangun dengan pelancaran penuh dijadualkan September ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Apple

