Site icon TechNave BM

Apple umum tarikh pelancaran iPhone 12 pada 14 Oktober dengan slogan ‘Hi, Speed’

Berita ini mungkin sebuah penantian yang anda tunggu-tunggu selama ini. Apple kini telah mengumumkan tarikh sebuah acara pelancaran pada 13 Oktober 2020 10AM (PDT) bersamaan dengan 14 Oktober 2020 1AM (waktu Malaysia). Acara ini diyakini sebagi acara pelancaran siri iPhone 12.

Untuk pengetahuan anda, setakat ini siri iPhone 12 diyakini akan dilancar dengan empat model. Barisan empat model ini adalah iPhone 12 mini (5.4 inci), iPhone 12 (6.1 inci), iPhone 12 Pro (6.1 inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.7 inci).

Berdasarkan pengumuman dari Apple, terdapat paparan slogan ‘Hi, Speed’. Sepertinya, Apple mengetengahkan konsep kelajuan pada siri iPhone 12 (mungkin 120Hz, kepantasan cip A14 Bionic atau spesifikasi sokongan 5G). Pada acara ini, mungkin terdapat juga produk lain seperti AirTags, fon kepala AirPods Studio, HomePod dan beberapa produk lagi.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai spesifikasi iPhone 12 dan ramalan harganya yang dijangka bermula pada ~RM2,699 sahaja.

Sehubungan dengan pelancaran iPhone 12 ini, keluaran iPhone lain seperti iPhone 11 dijangka akan mengalami kejatuhan harga yang mendadak.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook! Nantikan pelancaran siri iPhone 12 pada 14 Oktober (waktu Malaysia) dan semak berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version