Site icon TechNave BM

Apple umumkan ciri Fitness Plus baharu, muzik dimainkan automatik ikut tempat yang anda lalui

Apple baru sahaja mengumumkan beberapa ciri baharu kepada perkhidmatan langganan Fitness Plus-nya bertujuan untuk menjadikan anda lebih seronok ketika membuat sesuatu aktiviti. Ciri Masa untuk Berlari (Time to Run) salah satu contoh dan ia memberi anda peluang untuk berlari di bandar yang berbeza.

Program ini akan bermula dengan tiga bandar iaitu London, Brooklyn dan Miami Beach. Anda akan mempunyai panduan audio dan petunjuk. Sepanjang larian tersebut, anda akan menerima foto dan muzik yang sepadan dengan kawasan yang anda lalu.

Apple juga menawarkan ciri baharu kepada Artis Spotlight-nya supaya anda mempunyai pilihan muzik yang lebih luas ketika melakukan senaman. Kandungan baharu pada ciri ‘Time to Walk’ juga ditambah secara teknikalnya pada September dengan podcast dan sesi audio. Koleksi (Collection) ialah mod baharu yang melibatkan sekumpulan orang dengan matlamat yang sama.

Aktiviti awal yang ditawarkan dalam Koleksi ialah Cabaran Teras (Core) 30 Hari, Menambah baik Postur Anda dengan Pilates, Sempurnakan Pose Imbangan Yoga Anda, Lari 5K Pertama Anda, Kuatkan Punggung Anda, Regangkan Pinggul Anda dan Rehatkan Badan untuk Waktu Tidur yang Lebih Baik.

Semua kandungan baharu tersedia hari ini dengan harga $10 (~RM42) sebulan atau anda boleh memilih langganan tahunan dengan harga $80 (~RM335). Sudah tentu ia memerlukan anda mempunyai Apple Watch.

Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version