Site icon TechNave BM

Apple umum ciri SharePlay baharu, bolehkan pengguna kongsi skrin semasa FaceTime

Apple telah mengumumkan aplikasi dan perkhidmatan yang menyokong ciri SharePlay yang terdapat pada iOS 15 dan iPadOS 15 baharunya. Ciri ini menawarkan pengalaman berhubung yang menarik antara ahli keluarga dan rakan-rakan.

Apple mengumumkan SharePlay di WWDC 2021 dan syarikat itu pada awalnya menarik kembali ciri tersebut pada pada pelancaran rasmi dalam kemaskininya. Namun kemudian, Apple membawakan kembali ciri tersebut pada iOS 15 dan iPadOS 15. Kini, Apple telah mendedahkan bahawa ia siap sedia untuk digunakan.

SharePlay membawa cara baharu untuk berhubung, berkongsi pengalaman dan berseronok bersama melalui FaceTime. SharePlay memanfaatkan integrasi perkakasan dan perisian Apple untuk memberikan pengalaman terbaik melalui peranti iPhone, iPad dan Apple TV.

Tambahan lagi, ia berfungsi dengan banyak perkhidmatan yang terdapat pada Apple serta beberapa aplikasi paling popular di App Store. SharePlay membolehkan pengguna iOS 15 dan iPadOS 15 menonton filem, mendengar muzik atau menikmati liputan sukan. Dalam masa yang sama, ia boleh berkongsi skrin melalui panggilan FaceTime antara satu sama lain.

Selain menikmati aplikasi bersama-sama, pengguna boleh berkongsi skrin mereka untuk menyemak imbas web, melihat foto atau membantu satu sama lain semasa membuat panggilan FaceTime.

Perkhidmatan yang menyokong SharePlay termasuk:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Apple. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version