fbpx
More

    [Dikemas kini] Apple umumkan iPad Pro baru, kini dilengkapi dua kamera & dijual di Malaysia bermula RM3,499

    [Kemas kini: 9 April 2020] Apple kini mengumumkan bahawa anda boleh mendapatkan iPad Pro baharu bermula dengan harga RM3,499 secara dalam talian. Anda juga boleh mendapatkan stilus Apple Pencil generasi kedua yang berharga RM549. Magic Keyboard telah tampil secara dalam talian bersama harganya RM1,349, namun masih tidak tersedia untuk dijual sehingga Mei ini. Kunjungi laman web rasmi Apple Malaysia untuk pembelian.

    Apple hari ini melancarkan iPad Pro yang baru, dilengkapi dengan cip A12Z Bionic, kamera ultra-lebar dan pengimbas LiDAR Scanner (Light Detection And Ranging) yang memberikan lebih banyak kebolehan terhadap iPad Pro ini.

    iPad Pro tersebut akan dilengkapi sistem operasi iPadOS 13.4 yang memberikan sokongan trackpad. Apabila pengguna meleret jari mereka di bahagian trackpad, penunjuk (pointer) akan bertukar untuk menunjukkan unsur antara muka pengguna (user interface elements). Gerakan jari multi-sentuh juga akan memudahkan pengguna dalam menggunakan iPad tersebut.

    iPad Pro dengan aksesori Magic Keyboard yang akan dijual bermula bulan Mei.

    iPad Pro baru ini dilengkapi skrin Liquid Retina dalam dua saiz, iaitu 11 inci atau 12.9 inci. Kameranya pula terdiri daripada dua kamera iaitu kamera 12MP yang boleh membuat rakaman 4K dan kamera ultra-lebar 10MP. Pelanggan juga boleh memilih antara empat tawaran memori storan iaitu 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

    Harga iPad Pro 11 inci bermula pada RM3,499 manakala untuk varian 12.9 inci pula bermula pada RM4,399. Untuk makluman, anda juga boleh membelinya dengan harga yang lebih murah dengan harga pendidikan (education pricing). Untuk membuat pra-tempahan iPad Pro ini, layari laman web Apple Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan iPad Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A35 5G dan A55 5G, mana satu lebih bagus?

    Jadi Samsung dah lancarkan dua telefon terbaru dalam siri telefon mid-range iaitu Samsung Galaxy A35 5G dan Samsung Galaxy A55 5G! Dua-dua...

    Nothing mengacah produk audio yang akan datang tidak lama lagi

    Nothing yang merupakan jenama dengan reka bentuk yang menarik kini telah menyiarkan pengacah rasmi mengenai pelancaran produk audio yang akan datang. Seperti...

    Selepas PDRM, Imigresen mungkin turut akan menggunakan kamera badan

    Sebelum ini, kami laporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memakai kamera badan secara beransur-ansur mulai Oktober ini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

    Fungsi Gemini dalam Google Messages kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

    Google Gemini merupakan bot sembang AI oleh Google dengan model berbilang bahasa. Namun, untuk mengakses Gemini Ultra, anda perlu melanggan pelan Google...

    Imej janaan Google Pixel 9 tertiris tanpa kanta periskop, model XL turut bakal dilancar

    Sebelum ini, terdapat imej janaan yang tertiris menunjukkan pandangan pertama Google Pixel 9 dan 9 Pro. Kini, sumber mendedahkan bahawa model standard...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X