Site icon TechNave BM

Apple umumkan Powerbeats Pro NBA75 Ivory edisi terhad, miliki reka bentuk bertemakan NBA berharga ~RM1,050

Apple melancarkan fon telinga Powerbeats Pro NBA75 Ivory edisi terhad sempena ulang tahun ke-75 NBA berharga $249.99 (~RM1,050). Fon telinga ini akan dikeluarkan tidak lama lagi merupakan salah satu sumbangan Apple kepada pencapaian penting dalam sejarah bola keranjang di Amerika Syarikat.

Ulang tahun ke-75 NBA akan memberi penghormatan kepada pemain cemerlang yang telah menyerikan permainan sepanjang tujuh dekad yang lalu sejak NBA ditubuhkan. Fon telinga Apple Powerbeats Pro bertemakan penghargaan Apple kepada jutaan peminat NBA.

Sepasang fon telinga edisi terhad ini tidak jauh berbeza daripada model biasa tetapi ia didatangkan dengan kemasan yang istimewa. Fon telinga NBA75 Ivory akan tersedia untuk pembelian tidak lama lagi.

Fon telinga NBA75 Ivory menawarkan ketahanan bateri sehingga 9 jam dengan sekali cas. Selain itu, ia mempunyai ciri kalis air dan peluh serta bateri boleh tahan sehingga 24 jam apabila menggunakan sarung pengecasnya. Fon telinga NBA75 Ivory mempunyai sokongan Siri Voice Assistant terbina dalam, kawalan kelantangan/trek pada setiap fon dan fungsi AutoPlay/Jeda.

Walaupun tiada perincian mengenai tarikh keluarannya, kami menjangkakan fon telinga Powerbeats Pro NBA75 Ivory dihadkan terutamanya dalam pasaran Amerika Syarikat dan Kanada serta beberapa kawasan lain di mana NBA mempunyai pengikut yang ramai.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version