Site icon TechNave BM

Apple umumkan senarai aplikasi App Store terbaik pada 2020, termasuk Zoom, Genshin Impact, Disney+

Apple hari ini telah mengeluarkan senarai App Store Best of 2020 bagi mengiktiraf aplikasi-aplikasi terbaik dalam platform tersebut pada tahun ini. Aplikasi yang merangkul anugerah dalam senarai ini diiktiraf oleh Apple sebagai perkhidmatan yang mempunyai kualiti tinggi, rekaan kreatif, mesra pengguna dan inovasi unik.

Aplikasi yang memenangi iPhone App of the Year adalah Wakeout!, sebuah aplikasi senaman yang memudahkan pengguna untuk bersenam dalam rumah. Memandangkan kebanyakan masa pada tahun 2020 diluangkan dalam rumah, membuatkan aplikasi ini banyak digunakan untuk bersenam ringkas dan menjaga kesihatan.

Aplikasi-aplikasi lain yang diiktiraf oleh Apple termasuklah Zoom, Disney+, Fantastical, Genshin Impact, Pokemon GO dan banyak lagi. Berikut adalah senarai penuh App Store Best of 2020:

Aplikasi terbaik

Aplikasi iPhone terbaik: Wakeout!
Aplikasi iPad terbaik: Zoom
Aplikasi Mac terbaik: Fantastical
Aplikasi Apple TV terbaik: Disney+

Game terbaik

Game iPhone terbaik: Genshin Impact
Game iPad terbaik: Legends of Runeterra
Game Mac terbaik: Disco Elysium
Game Apple TV terbaik: Dandara Trials of Fear
Game Apple Arcade terbaik: Sneaky Sasquatch

Apple turut mengiktiraf trend terbaru dalam App Store sepanjang tahun ini, termasuk Pokemon GO yang mengubah corak permainannya untuk dimainkan di rumah, Shine untuk membantu pengguna memelihara kesihatan mental, Explain Everything Whiteboard untuk memudahkan tugas berkumpulan secara dalam talian dan ShareTheMeal oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk kerja-kerja kebajikan.

Apakah aplikasi App Store kegemaran anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version