Site icon TechNave BM

Apple umumkan WWDC 2024 akan diadakan dari 10 hingga 14 Jun ini

Apple secara rasmi mengumumkan Persidangan Pembangun Seluruh Dunia (Worldwide Developers Conference) akan diadakan pada 10 Jun hingga 14 Jun 2024 secara maya. Acara ini menawarkan peluang kepada pembangun di seluruh dunia untuk mengetahui kemajuan terkini dalam landskap perisian Apple seperti iOS, iPadOS, macOS, watchOS, tvOS dan visionOS.

Apple menjadikan WWDC24 percuma sepenuhnya untuk semua pembangun dan mengharapkan lebih banyak penyertaan global. Aktiviti termasuk sesi video, peluang untuk berinteraksi dengan jurutera dan pereka Apple serta peluang untuk berhubung dengan komuniti pembangun yang lebih luas.

Apple juga akan menganjurkan acara bersemuka khas di Apple Park pada 10 Jun nanti. Ruang akan terhad tetapi pembangun boleh memohon peluang untuk hadir melalui tapak web dan aplikasi Pembangun Apple.

Persidangan itu juga akan menyediakan akses kepada alatan, rangka kerja, ciri yang inovatif, memperkasakan pembangun untuk mencipta aplikasi dan permainan yang lebih luar biasa. Untuk kemas kini berterusan dan butiran tentang WWDC24, anda boleh melawat tapak web dan aplikasi Pembangun Apple.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version