Site icon TechNave BM

Apple Watch baru dan iPad akan dilancarkan pada 7 September, bukan iPhone 12

Sebelum ini, kami telah memaklumkan mengenai poster acahan yang didakwa sebagai poster untuk pelancaran siri iPhone 12. Terkini, terdapat berita yang lebih jelas, menguatkan lagi spekulasi bahawa 7 September adalah hari pelancaran untuk Apple Watch dan iPad baharu.

Terdahulu, @jonnprosser sebenarnya telah mendedahkan tarikh jangkaan produk-produk Apple tertentu pada tahun ini termasuklah siri iPhone 12. Tidak menghairankan jika kini semua poster Apple dikaitkan dengan siri iPhone 12 kerana semua peminat sedang tertunggu-tunggu.

Namun, pembekal cip Broadcom mengeluarkan kenyataan yang memberi bayangan kepada iPhone 12 yang menepati spekulasi terdahulu; dilancarkan pada Oktober. Menurutnya, perkembangan pengeluaran cip tahunan akan ditunda tahun ini dan disambung pada suku terakhir tahun 2020.

Kami akan memaklumkan sekiranya terdapat maklumat atau ura-ura mengenai Apple Watch terbaru atau iPad. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai Apple, spesifikasi dan jangkaan harga siri iPhone 12.

Sumber: CNMO

Exit mobile version