Site icon TechNave BM

Apple Watch di Malaysia akhirnya bakal boleh guna ciri ECG (elektrokardiogram)

Kehadiran jam tangan pintar bukan lagi perkara baharu dalam industri teknologi terkini. Selain jam tangan pintar, gelang pintar atau lebih dikenali sebagi band turut mula menawarkan pelbagai fungsi kesihatan. Berita baik untuk pengguna Apple Watch di Malaysia, fungsi ECG bakal boleh digunakan tidak lama lagi.

Berita mengenai fungsi ini yang bakal hadir mula diciap melalui siaran @xaviernaxa di laman Twitternya. Menurutnya, fungsi ini telah diluluskan oleh pihak berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambahnya lagi, model Apple Watch yang bakal menyokong fungsi ini adalah Apple Watch Series 6, Apple Watch Series 5 dan Apple Watch Series 4.

Menurut Apple, fungsi ECG atau elektrokardiogram pada aplikasi dan peranti menggunakan sensor jantung elektrik yang terbina pada punat Digital Crown dan di belakang peranti. Ia boleh memberi beberapa keputusan seperti pengesanan simptom kelajuan degupan jantung, pening kepala dan sebagainya. Namun, ia tidak boleh mengesan serangan sakit jantung (lihat maklumat lanjut mengenainya disini). Anda juga boleh menyemak cara menggunakan fungsi ECG di pautan ini.

Apa pun, kami sarankan anda untuk menunggu maklumat rasmi dari pihak Apple mengenai kehadirang fungsi ECG ini untuk pengguna Apple Watch di Malaysia.

Beritahu kami pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version