Site icon TechNave BM

Apple Watch dilengkapi ciri khusus untuk bantu umat Islam berpuasa sewaktu Ramadhan

Sempena ulang tahun kelima Apple Watch, salah seorang perekanya, Imran Chaudhri, telah berkongsi beberapa fakta menarik sepanjang proses pembinaan peranti boleh pakai itu. Antara yang menarik adalah penyertaan muka jam suria (solar watch face), direka khusus untuk membantu umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan dengan mempamerkan hubungan antara waktu jam dengan kedudukan matahari.

Imran turut berkongsi beberapa lakaran awal dalam proses perekaan Apple Watch yang pertama. Nampaknya sistem antara muka dock Apple Watch dan butang crown di sisinya memang telah berada sejak dalam rekaan awal lagi.

Selain itu, prototaip Apple Watch yang pertama telah digabungkan bersama iPod nano generasi ke-6 yang dilengkapi dengan seutas tali jam tangan. Imran turut berkongsi bahawa beliau tidak sempat berkongsi prototaip ini bersama Steve Jobs kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu.

Tali jam tangan Apple Watch pula telah diinspirasikan daripada tali velcro Speedmaster yang dipakai oleh para angkasawan Apollo.

Adakah anda seorang pemilik Apple Watch? Kongsi pengalaman anda menggunakan peranti hebat ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version