Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih pantas bermula RM1,799

Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan kesihatan yang dipertingkat serta ketahanan skrin Ceramic Shield 2.

Sistem pengesan kesihatan baharu menggunakan LED hijau yang lebih besar untuk memantau kadar pemanduan jantung secara berterusan setiap lima saat. Tambahan, pemantauan variabiliti kadar jantung (HRV) kini diukur sehingga 24 kali lebih kerap dan diasingkan kepada indikator Recovery HRV serta Overall HRV.

Apple turut memperkenalkan ciri skor kesediaan untuk memberi gambaran tahap fizikal pengguna. Apple Watch Series 12 menyokong teknologi pengecasan yang lebih pantas berbanding generasi sebelum ini. Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan pada harga bermula RM1,799.

Tempahan awal dibuka bermula esok dengan jualan rasmi dijadualkan berlangsung pada 18 September. Setiap pembelian turut menyertakan tawaran langganan percuma Apple Fitness+ dan Apple Music sehingga tiga bulan untuk pelanggan baharu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version