Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 7 bakal tawar bateri lebih besar, bukan sensor baru

Sejak dari Apple Watch generasi pertama sehingga Apple Watch Series 6, jangka hayat bateri jam tangan mereka tetap sama iaitu selama 18 jam sahaja. Enam generasi telah berlalu, hanya spesifikasi dan sensor sahaja yang berubah. Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa Apple Watch Series 7 akhirnya mungkin akan menawarkan bateri yang lebih besar.

Sebelum ini, Apple Watch Series 7 dikhabarkan akan menambahkan sensor baharu termasuklah sensor suhu badan. Sensor ini mungkin akan ditambah namun sumber lebih yakin bahawa Apple akan menggunakan ruang tersebut untuk memasukkan saiz bateri yang lebih besar.

Cip Apple S7 akan menguasai Apple Watch Series 7 dan ianya hadir dengan pakej yang lebih kompak. Apple Watch Series 7 ini dikatakan akan mengekalkan saiz yang hampir sama seperti Apple Watch Series 6.

Selain dari itu, reka bentuk luarannya juga berbeza. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Apple Watch Series 7 akan hadir dengan reka bentuk rata pada sisinya. Ini adalah bahasa reka bentuk yang sama seperti iPhone dan iPad terkini.

Adakah anda menantikan Apple Watch Series 7? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version