Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 7 dilancar: Jam tangan pintar Apple paling besar dan tahan lasak, bermula ~RM1,660

Apple hari ini telah melancarkan jam tangan pintar baharu iaitu Apple Watch Series 7 yang menampilkan saiz skrin paling besar dalam siri Apple Watch setakat ini. Apple mengatakan skrin Watch Series 7 adalah 20% lebih besar berbanding Series 6 dan mempunyai sempadan bezel senipis 1.7 milimeter sahaja.

Watch Series 7 juga mempunyai bucu dan sisi skrin yang lebih melengkung (rounded) serta menjana keterangan lebih tinggi sebanyak 70%. Skrin yang lebih besar juga bermakna ia boleh memaparkan lebih banyak teks dan papan kekunci yang lebih mudah ditaip.

Apple turut mengatakan jam tangan ini lebih tahan lasak daripada retakan serta dilengkapi rating kalis debu IP6X dan kalis air WR50. Baterinya pula boleh bertahan selama 18 jam dan pengecasan selama 45 minit boleh mengecas bateri sehingga 80%.

Watch Series 7 akan ditawarkan dalam lima warna baru iaitu hitam Midnight, putih Starlight, hijau, biru dan merah PRODUCT(RED). Ia akan dijual dalam pasaran antarabangsa pada harga ~RM1,660 namun setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti boleh pakai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version