Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 7 mungkin akan tawarkan skrin yang lebih besar

Jam tangan pintar Apple yang seterusnya, Apple Watch Series 7, mungkin akan dilengkapi saiz skrin yang lebih besar berbanding model-model sebelum ini. Menurut sumber, Series 7 akan ditawarkan dalam saiz 41mm atau 45mm, lebih besar berbanding Series 6 yang mempunyai saiz 40mm atau 44mm.

Dengan saiz yang lebih besar, Apple akan memperkenalkan rekaan muka jam yang baru untuk Series 7, seperti fungsi Infograph yang akan memaparkan lebih banyak ukuran (measurement). Selain itu, skrin jam ini juga akan mempunyai permukaan rata, sempadan bezel nipis, sisi yang tidak melengkung dan lebih banyak pilihan warna.

Beberapa sumber sebelum ini juga mengatakan Series 7 mempunyai bateri yang lebih besar, sarung tahan lasak dan sensor yang boleh mengukur tahap gula dan alkohol dalam darah. Memandangkan Apple Watch selalunya diumum pada bulan September, kita boleh menjangkakan Series 7 untuk dilancar dalam masa terdekat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Apple Watch Series 7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version