Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 8 mungkin miliki sensor glukosa darah

Apple telah melancarkan Apple Watch Series 7 dan tidak seperti yang dikatakan, ia tidak menyokong sensor glukosa darah. Laporan sebelum ini mencadangkan bahawa ciri ini perlu ada untuk pengeluaran terbaru Apple Watch ( Apple Watch Series 7) namun Apple tidak menyediakannya. Walau bagaimanapun, pendedahan hari ini menunjukkan bahawa Apple mungkin membawanya kepada Apple Watch Series 8.

Digitimes mendedahkan bahawa Apple, pembekal Ennostar dan Taiwan Asia Semiconductor sedang mengusahakan sensor inframerah panjang gelombang pendek (short-wavelength infrared sensors), jenis sensor yang digunakan dalam peranti kesihatan. Sensor baharu mungkin akan dipasang pada bahagian belakang jam tangan pintar itu membolehkan peranti mengukur kandungan gula dan glukosa dalam darah pemakai.

Ini adalah teknologi inovatif yang boleh dicapai oleh Apple. Mereka telah menginovasikan segmen kesihatan Apple Watch Series 6 dengan memperkenalkan pemantauan oksigen dalam darah. Apple Watch Series 7 terbaharu pula menawarkan ciri seperti ECG, pengesan kejatuhan, kadar denyutan jantung, tahap oksigen darah dan lain-lain.

Apple Watch Series 8 sesuai dipakai oleh pesakit diabetes dan juga boleh dipakai untuk melakukan aktiviti seharian. Samsung turut dilaporkan sedang membangunkan pandangannya terhadap teknologi ini. Sama seperti ECG, ciri ini juga mungkin bergantung pada kelulusan daripada banyak pihak.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version