Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 8 mungkin tampilkan paparan bersaiz 1.99″

Bulan Oktober tahun lepas, Young mengatakan bahawa ‌Apple Watch Series 8‌ mungkin hadir dalam tiga saiz paparan. Beliau turut mendakwa bahawa saiz paparan tambahan dalam barisan Apple Watch 8 ini bersaiz 1.99 inci.

Penganalisis Jeff Pu menyebut bahawa pembekal Apple Luxshare akan menjadi satu-satunya pembekal untuk model Apple Watch 8 dengan kualiti premium bersaiz 2 inci pada tahun ini. Saiz paparan baharu menawarkan ruang tambahan sebanyak 5% atau 0.089 inci daripada model 45mm ‌Apple Watch Series 7‌.

Berkemungkinan juga siri ke-8 akan membawa paparan besar sedikit berkaitan dengan bahagian tepi rata. Awal tahun ini, ShrimpApplePro mengatakan bahawa ‌Apple Watch Series 8 akan menampilkan paparan kaca hadapan rata. Maklumat ini selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Jon Prosser pada 2021 bagi Apple Watch Series 8.

Tidak dilupakan, Young dan Pu pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Apple Watch “lasak” tahun ini yang dijangka akan menyertai barisan Apple Watch Series 8. Sebelum ini, jam tangan andalan Apple hanya ditawarkan dalam dua pilihan saiz. Oleh itu, saiz ketiga yang lebih besar boleh dikaitkan dengan varian Apple Watch “Explorer Edition” baharu kerana ia menampilkan reka bentuk tepi rata.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version