Apple telah mengumumkan bahawa acara tahunan Worldwide Developers Conference (WWDC) untuk tahun ini akan berlangsung pada 10 hingga 14 Jun 2024 di Apple Park, jam 10:00 pagi PDT (1:00 pagi waktu Malaysia). Ia akan disiarkan secara langsung di laman web Apple, aplikasi Apple Developer, aplikasi Apple TV dan saluran YouTube Apple.
Seperti dalam acara WWDC pada tahun-tahun lepas, Apple dijangka akan mengumumkan sistem operasi iPhone dan iPad terbaru iaitu iOS 18 dan iPadOS 18, serta pembaharuan dalam MacOS, watchOS dan Vision OS.
Beberapa peranti dijangka akan menerima fungsi AI generatif, seperti iPad Air dan iPad Pro baharu yang dilengkapi cip M4 dan mampu melaksanakan tugasan-tugasan AI. Antara aplikasi yang dijangka akan menerima fungsi AI termasuklah Safari, Photos, Notes dan Siri.
Selain itu, para pembangun aplikasi pula boleh berinteraksi dengan pakar-pakar Apple untuk proses yang lebih bagus untuk pembinaan aplikasi. Apple juga akan memberi anugerah Apple Design Awards kepada para pembangun yang menghasilkan aplikasi atau game yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan meluas.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan menontonnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Apple

