Site icon TechNave BM

Apple, Xiaomi dan Samsung bertakhta dalam senarai ‘Top Smartphones’ pada suku pertama tahun 2020

Setakat ini, banyak telefon pintar telah dilancarkan tanpa mengira keadaan. Penularan COVID-19 juga tidak membataskan pergerakan di mana pelancaran tetap dilakukan secara dalam talian. Berdasarkan pelancaran pelbagai jenama setakat ini, anda pasti tertanya-tanya jenama manakah yang menduduki senarai atasan dalam penjualan telefon pintar. Berikut adalah jawapannya!

Menurut sumber, Apple menduduki tangga teratas dengan penjualan sebanyak 18 juta unit iPhone 11. Tangga kedua pula diungguli oleh Xiaomi dengan penjualan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8T sebanyak 8 juta. Tangga ketiga kemudiannya diduduki Samsung dengan penjualan Samsung Galaxy A51 sebanyak 8 juta. Jika melihat pada carta bar di bawah, Xiaomi mendominasi dengan sub-jenama Redmi.

Samsung pula tidak mendominasi dengan telefon pintar flagship, tetapi dengan Samsung Galaxy A51. Apa yang mengejutkan ialah kami tidak menyangka bahawa penjualan Redmi Note 8 Pro adalah lebih tinggi daripada iPhone 11 Pro Max.

Adakah anda salah seorang pemilik telefon pintar yang dinyatakan di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version