Site icon TechNave BM

Arahan untuk menurunkan papan iklan Sugarbook daripada DBKL

Sepintas lalu, Sugarbook merupakan aplikasi dating atas talian khusus kepada sugar daddy (pengguna yang lebih berumur dan memberi habuan kepada pasangannya) dan pengguna yang ingin mencari sugar daddy. Terkini, Sugarbook diarah menurunkan papan iklannya yang berada di kawasan Bangsar dan Bukit Kiara.

Arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dikeluarkan setelah papan iklan tersebut mendapat perhatian umum yang rata-ratanya mengelaskan iklan tersebut tidak sesuai diiklankan di Malaysia.

DBKL menyatakan bahawa papan iklan tersebut tidak mendapat pengesahan dari pihak yang berkuasa. Arahan ini telah dikeluarkan kepada YWP dan Out of Home yang merupakan operator pengiklanan tersebut.

Sumber: lowyat.net

Di sebalik isu papan iklan yang telah diturunkan setelah arahan dikeluarkan, malaysiakini menyatakan bahawa iklan Sugarbook dalam bahasa Melayu mendapat kelulusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengasas Sugarbook, Darren Chan telah mengeluarkan pernyataan tersebut melalui respons kepada malaysiakini.

Pernah mencari jodoh di Sugarbook? Apa pendapat anda? Beritahu di Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini melalui rakan teknologi utama Malaysia.

Sumber: malaysiakini | lowyat.net

Sumber gambar: Malaysiakini

Exit mobile version