Site icon TechNave BM

ARK: Survival Evolved dan Samurai Showdown: Neogeo Collection kini percuma di Epic Games Store

Terdahulu, kami sudah memaklumkan mengenai game ARK: Survival Evolved yang sepatutnya menjadi game percuma mingguan di Epic Games Store, tetapi digantikan dengan Overcooked. Anda kini boleh mendapatkan ARK: Survival Evolved di Epic Games Store secara percuma!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan Samurai Showdown: Neogeo Collection secara percuma. Ya, dua game percuma dalam satu masa. Kunjungi pautan Epic Games Store untuk mendapatkannya.

ARK: Survival Evolved merupakan game pemain campuran yang boleh disertai anda dan rakan anda untuk membunuh atau menjinakkan dinosaur. Antara yang terkandung dalam pakej game ARK: Survival Evolved percuma ini adalah Explorer Edition, Ragnarok, Crystal Isles dan banyak lagi!

Samurai Showdwon: Neogeo Collection juga menawarkan koleksi sehingga enam game percuma. Untuk minggu hadapan, Epic Games Store bakal memberikan Pathway dan The Escapists 2 secara percuma bermula 18 hingga 25 Jun.

Jadi, kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming dan teknologi terkini.

Exit mobile version