Site icon TechNave BM

Ark Survival Evolved ditunda, Overcooked kini percuma di Epic Games Store hingga 11 Jun

Terdahulu, kami pernah memaklumkan ramalan mengenai koleksi game percuma yang bakal ditawarkan oleh Epic Games Store. Setakat ini, ramalan tersebut adalah tepat. Namun, Ark Survival Evolved yang sepatutnya diumumkan percuma pada minggu ini digantikan dengan game Overcooked!

Pengumuman penangguhan game percuma yang berkemungkinan adalah Ark Survival Evolved dibuat oleh Epic Games di laman Weibo. Ia digantikan dengan game percuma terkini yang agak popular di Barat, Overcooked. Anda boleh mendapatkannya melalui pautan Epic Games Store ini.

Pengumuman di Weibo

Overcooked bukan sekadar game memasak yang boleh dipandang remeh, anda boleh bermain dengan sehingga 4 rakan anda. Kami menyarankan agar anda mencubanya dahulu untuk ketahui tahap permainannnya (jika anda belum pernah mencuba). Untuk pengetahuan anda, penawaran Overcooked percuma ini bermula sekarang sehingga 11 Jun 2020.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming dan teknologi terkini.

Sumber: Weibo | Epic Games

Exit mobile version