Site icon TechNave BM

AS failkan saman terhadap Apple kerana monopoli haram pasaran

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam mengambil tindakan terhadap Apple kerana memegang monopoli telefon pintar haram ke atas pasaran. Jabatan Kehakiman (DOJ) yang disokong oleh 16 negeri di AS telah memfailkan tuntutan mahkamah mencabar amalan Apple yang mengunci ekosistem iPhone.

FED (Federal Reserve System) mendakwa Apple menyekat persaingan dengan mengehadkan fungsi aplikasi, menyekat komunikasi antara iPhone dan peranti Android, menghalang jam tangan pintar serta dompet digital pihak ketiga.

Ini membuatkan pengguna terperangkap dalam dunia iPhone dan Apple menaikkan harga untuk perantinya. Tuntutan ini bertujuan untuk memberhentikan monopoli dan mendorong landskap mudah alih yang lebih terbuka. Langkah ini juga dapat menghalang Apple daripada menyekat akses aplikasi yang boleh menyebabkan pengguna menukar platform.

Kes ini menekankan hak melindungi persaingan dan inovasi. Pembangun aplikasi telah lama mengkritik kawalan Apple terhadap pasaran iOS terutamanya yuran Apple Store. Tuntutan ini sejajar dengan laporan Kongres 2020 yang mendapati Apple memegang monopoli dalam akses aplikasi iOS.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version