Site icon TechNave BM

AS haramkan 38 syarikat antarabangsa yang mempunyai hubungan dengan Huawei

Biro Industri dan Keselamatan (BIS) dalam Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan bahawa kerajaannya telah mengenakan larangan terhadap 38 syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan Huawei di 21 buah negara. BIS mengatakan syarikat ini digunakan oleh Huawei untuk mendapatkan komponen elektrik yang dibuat dari AS.

Syarikat-syarikat ini merupakan cabang kepada Huawei yang beroperasi di luar China, termasuk Huawei Cloud Computing, Huawei OpenLab, Huawei Technologies dan Huawei Technologies R&D. Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross mengatakan syarikat-syarikat ini digunakan oleh Huawei untuk melaksanakan objektif yang diberi oleh Parti Komunis China.

Huawei kini mengalami lebih banyak tekanan daripada kerajaan AS. Selain perintah ekseutif yang melarang Huawei daripada berurus niaga dengan negara tersebut, Huawei juga mengalami kesukaran dalam mengilang cipset baru serta untuk mengemas kini peranti-peranti Huawei yang lama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: US Department of Commerce

Exit mobile version