Site icon TechNave BM

AS ingin sekat lagi 80 syarikat China, termasuk pembuat cip terbesar SMIC

Anda pastinya sudah tahu mengenai kronologi sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat China seperti HUAWEI. Sebuah laporan mendedahkan bahawa AS bakal menyenaraihitamkan banyak lagi syarikat China termasuklah pembuat cip terbesar di China iaitu Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC).

Jabatan Perdagangan AS menjangkakan kira-kira 80 syarikat dan sekutunya bakal disenaraihitamkan, menjumlahkan lebih kurang 275 syarikat yang sudah tersenarai. Hampir kesemua dalam senarai adalah syarikat China. Langkah ini mungkin adalah langkah terakhir dari Donald Trump memandakang Joe Biden bakal mengambil alih pejabat pada 20 Januari 2020.

Sebenarnya, Jabatan Pertahanan AS telah menambah SMIC ke dalam senarai hitam dan mendakwa SMIC mempunyai hubungan dengan tentera China. SMIC menafikan dakwaan ini. Terdahulu, mereka dilapor memohon lesen dari AS untuk kembali berurusan dengan HUAWEI.

Menurut kerajaan China, jika perkara ini benar, tindakan AS akan menjadi bukti penindasan terhadap China. Langkah dan tindakan sewajarnya akan diambil untuk melindungi hak mereka.

Untuk pengetahuan anda, SMIC ialah syarikat pembuat cip terbsar di China yang dilapor mampu bersaing dengan TSMC.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber dan gambar: Reuters

Exit mobile version