Site icon TechNave BM

AS luluskan kit ujian COVID-19 yang boleh dapat keputusan secepat 5 minit

Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (USFDA) telah meluluskan sebuah kit ujian baru yang boleh mendapatkan keputusan COVID-19 secepat lima minit bagi tujuan kecemasan ini.

Kit baru yang dihasilkan oleh syarikat peranti perubatan Abbott berdasarkan platform ID NOW boleh digunakan dalam wad kecemasan atau klinik rawatan penting dan boleh mengurangkan tempoh kit ujian yang digunakan sekarang di mana keputusan hanya boleh diperolehi selepas beberapa hari.

Doktor boleh mengambil sampel daripada hidung atau tekak pesakit dan memasukkannya ke dalam kit tersebut dan keputusan boleh didapatkan dalam masa lima hingga 13 minit, menurut Abbott. Keputusan negatif boleh mengambil masa sehingga 13 minit untuk mendapat kepastian.

Abbott merancang untuk menghantar sehingga 50,000 kit ujian baru ini setiap hari bermula minggu depan. Beritahu kami di Facebook jika anda merasakan kit ini boleh didapati di Malaysia pada masa akan datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Abbott newsroom

Exit mobile version