Bermula semalam, 1 Januari 2025, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.3% setahun bagi pelaburan dalam Ria. Untuk makluman, Ria adalah ciri dalam aplikasi MyASNB yang menumpukan pada pelaburan robo di mana pelaburan ini diuruskan secara automatik menggunakan inovasi teknologi berasaskan data.
Caj sebanyak 0.3% setahun ini akan dikira berdasarkan jumlah pelaburan dalam akaun pelabur yang akan dikumpulkan secara harian mengikut Nilai Aset Bersih (NAB) portfolio Ria. ASNB juga menegaskan bahawa tiada caj atau bayaran tersembunyi lain dikenakan ke atas pelaburan dalam Ria walaupun pelabur mempunyai beberapa portfolio Ria yang berbeza.
Namun, butiran lanjut mengenai perkara ini masih belum disahkan. ASNB dijangka akan memberikan maklumat lebih lanjut dalam masa terdekat. Adakah anda akan mengubah fikiran untuk melabur selepas ASNB mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.3% ini?
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Instagram ASNB

