Sempena Acer Day 2022 pada hari ini, Acer telah melancarkan beberapa produk termasuk Aspire 3 dan Aspire 5 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua komputer riba ini dapat memenuhi keperluan harian dan pekerjaan untuk pelajar dan keluarga.
Siri Acer Aspire dikuasai oleh cipset Intel Core generasi ke-12 memberikan prestasi teknologi terkini kepada pelajar dan keluarga. Acer Aspire 5 dan Aspire 3 berukuran 15.6-inci dilengkapi dengan RAM 8GB, SSD 1TB serta slot tambahan untuk RAM dan memori HDD selain penambahan storan.
Acer Aspire 5 hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX550 yang meningkatkan kelajuan prestasi grafik sesuai untuk penggunaan dalam penyuntingan gambar dan video. Ia juga mempunyai port USB-C yang menyokong Thunderbolt 4 membolehkan pengguna menyambung dua paparan 4K untuk tugasan serentak.
Kedua-dua komputer riba ini menampilkan rekaan engsel yang boleh mengangkat chasis komputer riba dan menyerongkan papan kekunci mengikut sudut yang selesa untuk menaip, audio dan pengudaraan yang lebih baik.
Ia mempunyai pilihan warna hijau willow di mana Aspire 3 dijual pada harga bermula RM2,499 manakala Acer Aspire 5 bermula pada RM2,599. Anda boleh dapatkan kedua-dua peranti ini di Acer eStore, Shopee, Lazada dan penjual semula Acer yang sah.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

