Site icon TechNave BM

Assassin’s Creed, Rayman dan banyak lagi ‘game’ Ubisoft diberikan secara percuma

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, syarikat penerbitan permainan video Ubisoft telah mengajurkan inisiatif khas demi menggalakkan orang ramai kekal di rumah sepanjang wabak COVID-19. Kini, di bawah inisiatif tersebut, Ubisoft menawarkan beberapa game secara percuma sehingga 5 Mei.

Game seperti Assassin’s Creed II, Rayman Legends, Child of Light dan Might & Magic: Chess Royale sedang ditawarkan secara percuma. Anda hanya perlu mencipta akaun UPlay bersama Ubisoft dan anda boleh mendapatkan keempat-empat game tersebut. Selepas itu, anda boleh memainkannya walaupun selepas 5 Mei.

Game-game tersebut sebelum ini pernah ditawarkan secara percuma pada bulan April namun Ubisoft mengulangnya sekali lagi pada bulan ini. Selain game di atas, anda juga boleh mencuba game lain seperti The Crew 2, The Division 2, Ghost Recon Breakpoint dan Trials Rising.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah mendapatkan game-game di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malayia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ubisoft Free Events

Exit mobile version