Site icon TechNave BM

Astro bakal siarkan pelbagai saluran secara percuma sehingga 14 Jun

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 1 Jun sehingga 14 Jun, syarikat penyiaran televisyen Astro bakal menyediakan beberapa salurannya secara percuma kepada semua pelanggan sedia ada sepanjang tempoh tersebut.

Bermula 1 Jun jam 12:01 tengah malam sehingga 14 Jun jam 11:59 malam, semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran kanak-kanak, berita dan BollyONE, di samping program On Demand dalam Astro GO. Berikut adalah saluran yang akan ditawarkan secara percuma sepanjang PKP kali ini:

Saluran “Kids”

Saluran “News”

Astro Box Office Movies

Beritahu kami di Facebook saluran manakah yang menjadi pilihan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version