Site icon TechNave BM

Astro Fibre kini di Sabah, nikmati rebat sehingga RM39 sebulan untuk pakej TV + Astro Fibre

Kerjasama antara Astro dan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. bermula hari ini dengan menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada 118,000 potensi rumah di seluruh bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran. 

Pek Primary dengan pelan Astro Fibre 50Mbps disediakan untuk rakyat Sabah dengan hanya RM129.99/bulan (RRP: RM158.99) sebagai tawaran pengenalan. Pek ini mempunyai lebih 80 saluran untuk menawarkan rancangan-rancangan popular termasuk Hijrah Jannah, Big Stage 5, racncangan Family Feud Malaysia Tamil dan banyak lagi.

Selain itu, pelan Astro Fibre 50 Mbps memberikan WiFi yang stabil dan pantas supaya mereka boleh melayari Internet, bermain game dan menstrim tanpa gangguan. Di samping itu, terdapat pakej bundle dengan dua aplikasi percuma seperti di bawah:

Peminat sukan dan peminat filem juga boleh melanggan Pek Movies atau Pek Sports dengan Astro Fibre 50 Mbps untuk menstrim semua sukan secara langsung atau filem popular. Pelanggan yang memilih Plug & Play juga boleh menikmati Astro serta-merta dengan pemasangan sendiri yang mudah dan penstriman melalui internet untuk menonton Astro tanpa sebarang gangguan cuaca.

Maklumat lengkap mengenai tawaran terhad adalah seperti berikut:

Pek TV + Pakej Astro FibreHarga AsalHarga PromosiPenjimatan
Pek Primary + 50 MbpsRM158.99/sebulanRM129.99/sebulanRM29/sebulan
Pek Sports + 50 MbpsRM198.99/sebulanRM159.99/sebulanRM39/sebulan
Pek Movies + 50 MbpsRM193.99/sebulanRM154.99/sebulanRM39/sebulan

Para pelanggan yang berminat boleh melayari www.astro.com.my untuk melanggan Pek Primary, Sports atau Movies kami + pakej Astro Fibre 50 Mbps. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version