Site icon TechNave BM

Astro lancarkan Ulti Box untuk siaran dan rakaman HD bermula RM49

Astro hari ini melancarkan perkhidmatan baru bernama Ulti Box iaitu sebuah kotak set-top box kompak yang boleh menyiarkan siaran televisyen HD dan hubungan Wi-Fi di mana pelanggan boleh menonton program yang dilanggan pada bila-bila masa (on-demand). Dengan cara ini, pelanggan boleh mengelakkan isu gangguan siaran sewaktu hujan.

Pelanggan juga boleh merakam program kegemaran mereka dalam resolusi HD dengan fungsi cloud recording untuk ditonton mengikut kesesuaian masa. Pelanggan Astro sedia ada boleh menaik taraf kepada Ulti Box dengan caj pemasangan bermula RM49, manakala pelanggan baharu pula perlu membayar RM99.

Pelanggan Ulti Box juga boleh mendapat penjimatan lebih banyak bersama pakej langganan internet Astro & Broadband yang akan digabungkan dalam satu bil, di mana pelanggan akan memperoleh internet 100Mbps dan 102 saluran televisyen pada harga RM6 sehari.

Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut tentang Ulti Box. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version