Site icon TechNave BM

Astro lanjutkan tontonan percuma dalam salurannya sehingga 12 Mei

Astro mengumumkan bahawa semua pelanggannya boleh menonton pelbagai saluran secara percuma sehingga 12 Mei ini. Saluran yang boleh ditonton secara percuma merangkumi saluran yang termasuk dalam pakej Learning, News, Stay Home Concert, Asian Movies, HITS Movies, HITS HD dan Cartoon Network.

Untuk tujuan pendidikan, saluran Learning yang ditawarkan secara percuma adalah National Geographic Channel, Nat Geo WILD, HISTORY, Animal Planet, Discovery Channel, Discovery Asia dan Discovery Science. Para pelanggan NJOI pula boleh menonton KIX, Nat Geo WILD, Caroon Network dan Celestial Movies secara percuma sehingga 12 Mei ini.

Sementara itu, 22 saluran Astro GO yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia juga boleh ditonton secara percuma sehingga 12 Mei. Untuk mengakses Astro GO, anda boleh memuat turun aplikasi Astro GO di App Store, Google Play atau di laman web rasmi.

Anda boleh layari laman web Astro untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton mana-mana siaran Astro sepanjang PKP ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version