Site icon TechNave BM

Astro melaporkan semua salurannya kini pulih, boleh disiarkan seperti biasa

Semalam, ramai pelanggan Astro mula mengalami gangguan siaran berikutan masalah satelit yang berlaku pada waktu tengahari. Kini, Astro melaporkan bahawa siaran mereka telah pun pulih sepenuhnya dan pelanggan dinasihati untuk memulakan semula (restart) kotak Astro Box mereka untuk mendapatkan siaran.

Walau bagaimanapun, pelanggan yang menetap di bangunan tinggi atau apartmen mungkin akan masih mengalami masalah dalam beberapa saluran. Selain itu, mereka yang memiliki set Astro yang dipasangkan di luar cara standard seperti Multiroom mungkin akan mengalami masalah sama.

Buat mereka yang masih mengalami masalah, Astro menasihatkan anda untuk meneruskan tontonan dalam aplikasi Astro GO. Walau bagaimanapun, segelintir pelanggan masih tidak berpuas hati kerana siaran yang terjejas tidak disediakan dalam Astro GO dan mengharapkan syarikat itu untuk memulihkan siaran secepat mungkin.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Facebook

Exit mobile version