Site icon TechNave BM

Astro menawarkan akses percuma kesemua saluran kepada anda bermula 18 Mac ini!

[Kemas kini: 30 Mac 2020] Astro melanjutkan lagi tempoh akses semua saluran percuma sehingga 14 April 2020.

Terkini, Astro telah mengambil langkah prihatin dengan menawarkan akses menonton semua saluran secara percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan bermula 18 Mac (esok) sehingga 31 Mac.

Langkah ini diambil bukan diambil hanya untuk hiburan, tetapi untuk sentiasa membekalkan pengguna dengan informasi terkini terutamanya berkenaan penularan COVID-19. Kesemua saluran Astro dan Astro GO boleh ditonton secara percuma bermula pada jam 6:00AM, 18 Mac sehingga 11:59PM, 31 Mac. Berikut adalah senarai saluran yang boleh ditonton secara percuma:

Untuk pelanggan NJOI, anda akan mendapat akses percuma ke dua saluran tambahan, KIX dan Nat Geo Wild. Kami berharap agar anda memanfaatkan kemudahan ini sebaik mungkin dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Astro. Luahkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version