Site icon TechNave BM

Astro menukar beberapa nombor baru saluran bermula 1 April, ketahuinya di sini!

Astro telah memberi tontonan saluran percuma untuk pelanggannya dan juga kepada bukan pelanggannya sehingga 14 April. Astro kini mengumumkan bahawa mereka akan menyusun semula senarai nombor saluran di semua platform termasuklah Astro GO dan NJOI.

Penyusunan semula ini adalah untuk memudahkan penonton untuk mengakses rancangan dengan lebih mudah dan pantas! Menurutnya, lebih 100 buah saluran dalam definisi tinggi (HD) akan disusun semula pada senarai nombor yang lebih awal. Mudah sahaja, untuk mencari saluran HD atau definisi biasa yang sama, anda hanya perlu merujuk kepada nombor saluran HD tersebut dan menambah angka 20. Contohnya adalah seperti di bawah.

Untuk mendapatkan senarai penuh kedudukan nombor saluran baharu ini, anda boleh melayari laman sesawang Astro ini, WhatsApp ‘Hi’ ke nombor +603 9543 3838 dan pilih menu untuk nombor saluran baharu atau pergi ke saluran 100 di TV anda.

Jangan lupa untuk menyebarkan maklumat penting ini kepada rakan dan keluarga anda yang menggunakan rangkaian Astro! Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version