Site icon TechNave BM

Astro jalin kerjasama dengan Netflix, akan disediakan kepada pelanggan Astro tidak lama lagi

[Kemas kini, 4:00pm] Astro telah mengesahkan kerjasama dengan Netflix, di mana syarikat penyiaran tempatan itu bakal mengumumkan pelan khas yang akan menyediakan kandungan Netflix dalam masa terdekat. Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut.

[Berita asal, 12:00pm] Syarikat penyiaran tempatan Astro kini dilaporkan sedang mengusahakan sebuah kerjasama dengan perkhidmatan pelayaran filem (streaming) Netflix dan sebuah pengumuman tentang kerjasama tersebut mungkin akan dibuat pada minggu ini.

Menurut portal ekonomi The Edge, walaupun jika kerjasama itu akan diumumkan pada minggu ini, perkhidmatan Netflix tidak akan ditawarkan dalam Astro Box dalam masa terdekat. Sebaliknya, kedua-dua syarikat hanya akan berkongsi perkhidmatan dalam masa beberapa bulan lagi.

Astro sudah pun mengesahkan bahawa mereka bakal menandatangani perjanjian dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan subscription-based video-on-demand (SVOD) namun mereka tidak menamakan syarikat tersebut dengan terperinci.

Sebelum ini, Astro telah menjalin kerjasama dengan perkhidmatan pelayaran Disney+ Hotstar, HBO Go dan iQIYI untuk menawarkan kandungan filem daripada platform tersebut. Astro juga telah melancarkan perkhidmatan pelayarannya sendiri iaitu sooka yang menumpukan pada rancangan sukan secara langsung dan rancangan hiburan tempatan.

Kongsi pendapat anda tentang kerjasama ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version