Site icon TechNave BM

Astro One dilancar untuk hiburan, internet dan strim! – Langganan bermula RM49.90/bulan

Astro kini membawa perubahan dalam dunia hiburan dengan pelancaran Astro One. Astro One menawarkan gabungan saluran TV terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar yang fleksibel. Bermula pada harga serendah RM49.99, pelanggan boleh memilih daripada Entertainment Pack, Sports Pack atau Epic Pack.

Astro One memenuhi keperluan pelbagai minat dengan kandungan antarabangsa, tempatan dan serantau termasuk filem daripada Netflix serta Disney+ Hotstar. Ia juga direka untuk pengalaman tontonan pelbagai platform yang membolehkan pelanggan menonton melalui telefon pintar, tablet atau televisyen.

Pelanggan boleh menambah aplikasi penstriman seperti Viu dan iQIYI atau meningkatkan pengalaman dengan jalur lebar Astro Fibre sehingga 800 Mbps. Menariknya, semua langganan boleh diuruskan melalui aplikasi My Astro dan Astro One juga membolehkan penstriman serentak di empat peranti melalui Astro GO.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melanggan Astro One dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version