Astro kini memperkenalkan promosi baharu untuk pelanggan Astro One dengan menawarkan akses Netflix serta Pek Blockbuster percuma selama 24 bulan bagi pelanggan yang melanggan pakej tertentu. Bermula 1 Mei 2026, pelanggan yang melanggan Astro One Entertainment atau Astro One Sports boleh menikmati harga promosi masing-masing RM74.90 dan RM94.90.
Kedua-dua pakej tersebut turut disertakan dengan Netflix Basic, Astro GO dan akses percuma kepada Pek Blockbuster tanpa caj tambahan. Pek Blockbuster baharu membawakan empat saluran tambahan iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415).
| Pek Astro One | Harga Promosi | Termasuk | Caj Pemasangan |
| Astro One Entertainment | RM74.90 (Harga asal: RM 87.67) | – Netflix Basic – Astro GO – Pek Blockbuster | Plug n Play – Percuma Standard – RM50 |
| Astro One Sports | RM 94.90 (Harga asal: 137.67) |
Promosi ini tersedia untuk pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang layak menaik taraf atau menukar pakej mereka, tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan baharu juga akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan selepas pengaktifan pakej.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

