Site icon TechNave BM

Astro perkenalkan aplikasi Astro Fibre untuk kawal WiFi dengan lebih cekap dan mudah

Buat para pelanggan internet gentian Astro Fibre, syarikat itu telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu yang membenarkan anda untuk pantau, lindung dan kawal sepenuhnya rangkaian internet rumah.

Dengan aplikasi Astro Fibre, anda boleh lihat senarai orang yang sedang mengakses rangkaian WiFi dan mematikan akses mereka. Ini pastinya amat berguna untuk para ibu bapa yang ingin kawal penggunaan internet dalam kalangan anak-anak mereka.

Sewaktu anda menerima tetamu pula, untuk membenarkan akses mudah WiFi kepada mereka, anda boleh jana kod QR dalam aplikasi Astro Fibre. Tetamu boleh imbas kod QR ini dan mereka akan disambungkan kepada rangkaian WiFi secara automatik, tanpa memerlukan kata laluan.

Aplikasi ini juga membenarkan anda untuk semak prestasi WiFi seperti kelajuan sambungan, kekuatan rangkaian pada peranti yang disambungkan serta persediaan rangkaian WiFi.

Jika anda masih belum mengenali perkhidmatan internet ini, Astro Fibre menyediakan pelbagai pelan kelajuan internet bermula 50Mbps pada harga RM99 sebulan, sehinggalah 800Mbps berharga RM249 sebulan. Astro akan menyediakan penghala (router) WiFi 6 bagi menyediakan mutu rangkaian yang paling terkini.

Anda juga boleh gabungkannya dengan Pek TV untuk dapatkan siaran filem dan sukan terhebat daripada Astro. Layari laman web Astro Fibre untuk maklumat lanjut mengenai aplikasinya dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version