Site icon TechNave BM

Astro perkenalkan aplikasi penstriman WeTV untuk Ultra Box

Syarikat penyiaran Astro kini menawarkan aplikasi penstriman WeTV ke dalam perkhidmatan Ultra Box dan para pelanggan boleh menikmati semua filem dan siri televisyen yang disediakan khas oleh aplikasi tersebut. WeTV adalah perkhidmatan penstriman terbesar di China dan ia menawarkan pelbagai kandungan dari China, Korea, Jepun serta Asia Tenggara.

Pelanggan juga boleh mendapatkan akses kepada WeTV VIP dengan harga tambahan RM10.50 sebulan. WeTV VIP menawarkan akses yang lebih awal kepada para pelanggan dalam menikmati kandungan eksklusif, serta keupayaan untuk melangkau iklan dan menonton dalam dua peranti pada masa yang sama.

WeTV adalah aplikasi penstriman premium ke-11 yang ditawarkan oleh Astro, selepas BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, WeTV dan ZEE5. Di samping itu, Astro GO juga ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan Astro.

Antara siri terbitan WeTV yang popular dari China termasuklah Prosecution Elite, The Love You Give Me, Love of Replica dan Lost You Foreve. Ia turut menayangkan siri web Indonesia bertajuk Layangan Putus dan drama romantik Antares 1 & 2.

Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version