Site icon TechNave BM

Astro raikan 10.10 dengan langganan separuh harga dan saluran LOL (CH 100)

Astro menyambut bulan Oktober dengan dua tawaran menarik buat pelanggan iaitu tawaran eksklusif 10.10 Jualan Epik dan kemunculan semula saluran Pop-Up LOL (CH 100). Melalui promosi 10.10 Jualan Epik, pelanggan baharu yang melanggan Pek Epic Astro One di astro.com.my dari 10 hingga 17 Oktober 2025 akan menikmati harga istimewa RM101/bulan selama 24 bulan (harga asal RM199.99).

Ini bermakna pelanggan boleh menikmati hiburan premium selama dua tahun pada hampir separuh daripada harga asal. Pek Epic Astro One merangkumi lebih 145 saluran dan 8 aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+, HBO Max, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, BBC Player serta beIN SPORTS.

Ia turut menyertakan akses ke Astro GO yang membolehkan tontonan sehingga empat peranti serentak. Dengan pakej ini, setiap ahli keluarga boleh menonton rancangan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain itu, Astro juga mengembalikan saluran Pop-Up LOL (CH 100) mulai 15 Oktober hingga 16 November 2025.

Saluran ini menampilkan lebih 100 kandungan komedi merentasi pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Cina, Tamil, Korea dan Inggeris yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Astro di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook tentang tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version