Site icon TechNave BM

Anda boleh dapatkan TV 4K serendah RM1 di kedai Astro Experience Store terbesar

Syarikat penyiaran Astro telah meraikan pembukaan perdana untuk kedai Astro Experience Store terbesar di Malaysia, terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Kedai baharu ini akan menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih mengasyikkan untuk para pelanggan.

Para pelanggan boleh menguji pelbagai perkhidmatan dan produk Astro, seperti Ultra Box dengan keupayaan 4K UHD, aplikasi Astro Fibre serta bertanya tentang pek-pek televisyen dan siaran dalam aplikasi Astro GO.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk membeli televisyen 4K atau komputer riba Lenovo pada harga RM1 sahaja apabila anda mendaftar atau menaik taraf beberapa perkhidmatan Astro. Pada masa yang sama, anda boleh tunjukkan aplikasi My Astro untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif di kedai ini.

Astro Experience Store ini terletak di tingkat tiga dalam IOI City Mall. Astro juga sedang menjalankan beberapa kempen promosi untuk beberapa perkhidmatan terpilih:

Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut mengenai kedai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version