Site icon TechNave BM

Astro tawarkan pelbagai pakej dengan diskaun 30%, langganan bermula RM41.99/bulan

Astro mengumumkan variasi pilihan susun atur kandungan yang pelbagai dan direka untuk memperkayakan hiburan keluarga Malaysia dengan menampilkan bakat popular. Seiring dengan langkah tersebut, Astro menawarkan pakej menarik dengan harga promosi dan diskaun sebanyak 30% bermula dari RM41.99/sebulan.

Tawaran promosi ini bertujuan memberi peluang kepada para penonton untuk mencipta kenangan yang berpanjangan bersama orang tersayang dan ia sejajar dengan kemudahan perkhidmatan yang tiada tandingan.

Untuk pengalaman hiburan semua-dalam-satu bersama keluarga, anda juga boleh memilih untuk menambah Astro Fibre bersama langganan anda dan menerima peningkatan percuma kepada tahap kelajuan yang lebih tinggi tanpa pertambahan kos.

Pakej ini juga menawarkan 500Mbps dengan harga hanya RM90/sebulan (harga asal RM189) selama 24 bulan apabila digabungkan bersama Pek TV anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, anda boleh klik di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran eksklusif ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version